Rabu, 05 Februari 2014
Browse »
home»
di
»
judi
»
pegawai
»
premis
»
syarak
»
Pegawai syarak di premis judi
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">
Pegawai syarak di premis judi
< 1 / 1 >
AYER KEROH - Seorang pegawai syarak mungkin akan ditempatkan di premis-premis perjudian di negeri ini dalam usaha mengekang umat Islam dalam gejala perjudian.
Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) berkata, cadangan berkenaan kini sedang dipertimbangkan kerajaan negeri dan akan dilaksanakan di premis-premis perjudian di negeri ini.
Menurutnya, mengikut cadangan, pegawai syarak berkenaan ditempatkan di premis terbabit sepanjang masa untuk membolehkan mereka bertindak terhadap mana-mana umat Islam yang terlibat dalam perjudian.
“Inilah cadangan kerajaan negeri. Tetapi kadang-kadang orang yang minat judi ini akan menggunakan orang tengah. Akhirnya ia berbalik kepada diri mereka sendiri.
“Bagaimanapun, kita akan menasihatkan pengendali premis perjudian di negeri ini supaya bekerjasama membina sebuah pos kawalan untuk menempatkan pegawai agama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) pada hari keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, di sini semalam.
Ketika menjawab satu lagi soalan dari Goh Leong San (DAP - Duyong), Idris berkata, sebanyak 86 serbuan telah dijalankan terhadap premis yang mengendalikan perjudian mesin kuda sepanjang tahun ini dengan membabitkan rampasan 382 mesin judi kuda.
Selain rampasan mesin berkenaan, katanya, sebanyak 88 tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang didapati terbabit dalam gejala itu.
Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri turut menimbang untuk memberi lebih kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan usaha menangani gejala judi itu lebih bertinjauan.
“Ini termasuk sistem mengurus dan mentadbir kelulusan penggunaan premis perniagaan supaya ia tidak digunakan bagi kegiatan tidak bermoral,” katanya.

sumber:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar