Senin, 17 Februari 2014

Browse » home» » » » » » » » » Jet eksekutif Rosmah Kabinet tidak bermaruah kata Pakatan

Jet eksekutif Rosmah Kabinet tidak bermaruah kata Pakatan


OLEH EILEEN NG
November 20, 2013
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) terus mempersoalkan kerajaan Malaysia kerana meluluskan peruntukan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) melawat Qatar menggunakan jet eksekutif baru-baru ini yang menggambarkan “Kabinet tidak bermaruah”.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berate negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) juga tidak akan membiarkan isteri presiden mewakili suami melawat negara tertentu menggunakan jet eksekutif.

"Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama tidak dapat hadir ke Malaysia, beliau menghantar wakilnya ke sini. Ada dia hantar isterinya?," katanya merujuk kepada kehadiran Setiausaha Negara AS John Kerry ke Malaysia, bulan lalu.

 Lawatan Rosmah pada 10 November ke Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke-4 menggunakan dana kerajaan itu dibangkitkan ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menjelaskan isu tersebut di Dewan Rakyat mengatakan lawatan itu "demi kepentingan negara", tetapi tidak mengesahkan atau menafikan lawatan itu menggunakan jet eksekutif.

"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri Perdana Menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.
"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau menjalankan tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi Parlimen semalam.

Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen, berkata Rosmah bukan wakil rasmi kerajaan atau duta.
“Ini adalah langkah yang tidak baik di pihak kerajaan,” katanya.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata keputusan Kabinet itu membuktikan ia merupakan penyalahgunaan kuasa dan dana awam.
“Dia bukannya wakil rakyat dan memberi kebenaran untuknya terbang menggunakan jet kerajaan merupakan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Shahidan semalam menegaskan proses meluluskan lawatan tersebut dijalankan secara telus dan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan terlebih dahulu.
"Ia dilakukan secara telus, dipohon kepada Kabinet dan kemudiaannya diluluskan," katanya.

Apabila ditanya sama ada lawatan tersebut menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara, Shahidan berkata, tinjauan lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum selepas ini.
"Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif.
“Tentang tinjauan daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian," katanya.
Rosmah baru-baru ini menyampaikan ucaptama semasa menghadiri seminar "Qatar International Business Women Forum" kali keempat di Doha.

Forum tersebut dianjurkan oleh Persatuan Usahawan Wanita Qatar dan Rangkaian Perniagaan Interaktif, forum dua hari itu dihadiri oleh Menteri Qatar Tenaga dan Industri, Dr Mohammed Saleh Al Sada.
Delegasi Malaysia yang hadir termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga penasihat khas kepada Perdana Menteri mengenai keusahawanan wanita dan profesional; Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman; Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, isteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datin Seri Che Kamariah Zakaria, isteri Menteri Pelajaran Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh. – 20 November, 2013.
The Malaysian Insider

Tidak ada komentar:

Posting Komentar