Minggu, 09 Maret 2014

Browse » home» » » » » » » Pengkuat Kuasa SPAD Dikepung Pemandu Lori

Pengkuat Kuasa SPAD Dikepung Pemandu Lori



KUANTAN – Lapan anggota pasukan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dikepung sekumpulan pemandu lori ketika mereka menjalankan Ops Hippo di Kawasan Perindustrian Gebeng di sini hari ini.

Pengurus Kanan Penguatkuasa SPAD Wilayah Timur Mejar Mohd Shariff Jamal Abidin berkata kejadian dipercayai dilakukan susulan rentetan penahanan beberapa buah lori dalam operasi berkenaan.

“Ops Hippo yang bermula 11 malam tadi telah menahan beberapa buah lori yang membawa muatan berlebihan di sekitar Bukti Besi, Dungun selain Semambu di sini.

“Kemudiannya pasukan penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di sekitar Gebeng pada jam 1 petang tadi telah dikerumuni lebih 30 buah pemandu lori yang dipercayai tidak berpuas hati dengan operasi yang dijalankan itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tiada sebarang kekerasan dilaporkan berlaku ketika kepungan itu.

Mohd Shariff berkata selepas mendapat penjelasan serta bantuan daripada polis kesemua pemandu lori itu dapat disuraikan.

Kumpulan pemandu lori berkenaan turut menyuarakan masalah mereka selain membuat beberapa tuntutan, katanya.

Beliau berkata ekoran kejadian itu, satu laporan polis terhadap pemandu itu telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan kira-kira 2.41 petang tadi. – BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar